Cara Upgrade Xperia X8 : Rom MIUI V4 SNAPSERIES

0
342 views
views
MIUI, sebuah rom yang dah tak asing lagi dalam dunia custom rom.System yang berasaskan android ni telah dicipta di China dan kini menjadi salah satu system paling terkenal untuk rom smartphone.Terkenal dengan keunikan antaramukanya termasuk icon yang tersendiri dan kelainan yang ada pada rom tersebut menyebabkan ramai pembangun berusaha menghasilkan rom MIUI yang sesuai untuk smartphone masing-masing.

Bagi xperia x8 antara pembangun yang membangunkan rom MIUI untuk smartphone tersebut ialah Zackconsole. MIUI.us v4 ICS versi 2.10.12 merupakan rom terbaru dalam siri rom tersebut.Menggunakan android 4.0.4 sebagai asas, rom ni agak menarik untuk dicuba.

Bagi yang berminat untuk install korang boleh ikut langkah-langkah dibawah :
1- Pastikan korang dah pun unlocked bootloader xperia masing-masing.
2- Download rom dan masukkan dalam memori kad.
    [Download]
3- Flash kernel nAa-ICS terbaru.
    [Download nAa-ics]
4- Selesai flash kernel, on kan phone dan sebaik sahaja logo nAa keluar tekan butang back berulang kali sehingga cwm-recovery muncul.
5- Pastikan korang wipe data dan wipe cache.
6- Pergi ke bahagian Advance kemudian pilih wipe dalvik cache.
7- Flash / Install rom tadi dengan cara install custom > choose from sdcard
8- Reboot dan enjoy.
MIUI merupakan sebuah rom yang betul-betul menarik namun setakat ini belum ada versi yang betul-betul stabil dan sesuai untuk kegunaan seharian.Mungkin akan ada perubahan yang akan dilakukan dari masa ke semasa bagi memastikan ianya lebih stabil.
Jangan lupa sertai facebook page soleheendotcom untuk lebih banyak maklumat tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here