Barisan Sony Xperia 2012 Akan Menerima Update Android 4.1 JellyBean Pada 2013

2

Berita baik untuk semua pengguna Sony Xperia 2012, baru-baru ni pihak Sony Mobile telah mengesahkan bahawa mereka akan mula mengeluarkan update Android 4.1 Jellybean kepada smartphone Xperia 2012 pada tahun 2013 ni.

xperia-tx-gallery-05-940x529

Antara smartphone yang dijangka menerima update Android 4.1 Jellybean tersebut ialah Xperia T, Xperia TX dan Xperia V [ketiga-tiga smartphone ni bakal berada di Malaysia dalam waktu terdekat].Selain daripada tiga smartphone tersebut, antara smartphone xperia lain yang dijangka menerima update yang sama ialah Xperia S, Xperia acro S, Xperia ion, Xperia P, Xperia go dan Xperia J.

Malangnya, Xperia miro, Xperia tipo, Xperia tipo dual, Xperia sola dan Xperia U dikatakan tidak termasuk dalam senarai penerima update berkenaan.Pihak mereka menyatakan smartphone terbabit hanya akan menerima kemaskini firmware sahaja bukan pada versi android.

Kesemua tarikh update masih lagi belum diketahui dan ianya akan diberitahu dari masa ke semasa.So, bagi pengguna yang masih tercari-cari smartphone yang sesuai untuk dibeli, korang disyorkan untuk memilih smartphone yang akan menerima update sahaja bagi memastikan kepuasan diri dan berbaloi dengan harga yang dilaburkan.

Juga jangan lupa untuk semak range harga terkini smartphone di malaysia 2012 sebagai panduan masing-masing.

KONGSIKAN PENDAPAT ANDA.MULAKAN DISKUSI

Share.

2 Comments

  1. SAYA NK TAHU HARGA TERKINI SONY XPERIA MIRO PADA 2013….SAYA ADA SURVEY KEDAI DI SEREMBAN DAN ADA YG MENAWARKAN HARGA SERENDAH RM500 DAN 8GB MEMORI KAD…..ADAKAH MODEL INI MEMPUNYAI KLON ATAU JENIS YANG TIRUAN….????MAAF,SEKADAR BERTANYA….

TINGGALKAN KOMEN ANDA