Cara Upgrade Xperia X8 : Rom ZenceFil [Stock Kernel]

0
303 views
views

Bagi yang mengikuti perkembagan rom terbaru untuk xperia x8 mungkin korang akan perasan rom untuk stock kernel makin lama makin kurang dapat perhatian pembangun rom untuk dibangunkan.Kebanyakkan pembangun memilih untuk menghasilkan rom menggunakan kernel khas[custom kernel] memandangkan ianya lebih stabil dan mempunyai “performance” yang lebih hebat.

Antara rom stock kernel terbaru yang dihasilkan ialah rom ZenceFil, dibangunkan khas oleh LinuxLX.Menggunakan Cyanogenmod 7.1 sebagai asas rom ZenceFil, beberapa ciri-ciri menarik dimasukkan antaranya :
  • Latest CM7.1 sources for Stock Kernel
  • New ZenceFil Bootanimation
  • Clean ROM
  • Odexed
  • Smooth
  • Dual Touch
  • Overclock
  • a-Theme
  • Better RAM Management
  • Great battery life
  • Awesome Performance
  • Awesome 2D/3D
  • ICS Transitions
  • Smooth Gaming
  • Lite System
  • Lightweight

SCREENSHOT :

Bagi PENGGUNA STOCK KERNEL yang berminat untuk mencuba rom ni korang boleh ikut langkah-langkah install di bawah :

1- Bagi pengguna baru pastikan korang dah root dan install recovery pada xperia x8 masing-masing dengan mengikuti langkah dalam artikel “Cara Mudah Upgrade Xperia X8 “
2- Download rom ZenceFil dan masukkan kedalam memory kad.[DOWNLOAD]3- Backup segala data yang perlu seperti mesej atau contact.
4- Masuk kedalam mode recovery dengan cara off kan phone kemudian on dan tekan butang back berulang kali sehingga recovery muncul.
5- Pergi ke bahagian install zip from sdcard.
6- Pilih file rom tadi dan install.
7- Selesai install, pastikan korang wipe data / factory reset dan wipe cache.
8- Reboot dan enjoy rom baru.

Tutorial untuk install bagi pengguna custom kernel seperti nAa dan Alfs akan ditulis selepas ini dan perlu diingatkan rom ini hanya untuk pengguna Stock kernel yang masih belum unlocked bootloader masing-masing.

Jangan lupa sertai kami di facebook soleheendotcom untuk lebih banyak tips dan tutorial mengenai android smartphone ataupun korang boleh bertanyakan soalan kepada krew kami jika ada sebarang masalah.

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here