Cara Upgrade Xperia X8 : Rom Semc Debrand Engine 3.0_Beta1

0
440 views
views
Semc Debrand Engine 3.0_Beta1 sebuah rom ciptaan Achotjan yang direka bagi menyerupai Xperia Smartphone baik dari segi aplikasi yang ada sehinggalah ke bahagian antaramuka rom tersebut yang menyerupai Xperia S.

Rom ni agak lengkap sama seperti stock rom pada xperia smartphone termasuk Facebook inside Xperia yang mengintegrasikan facebook dengan beberapa aplikasi pada phone korang.Artikel mengenai Facebook inside Xperia ni aku pernah tulis bagi mereka yang berminat untuk install pada phone masing-masing.Rujuk artikel ini.

Antara ciri-ciri yang ada pada rom ni :

-Xperia S Semc Music
-Sony Theme
-Xperia S loockscreen
-New semc tabhost widget
-Status Bar indicators change with Themes
-Sony 2.3.7 apps (MDPI) from xperia Go
-Based on latest (Gingerbread) CM-7.2 2.3.7
-New Digital Right Management Key
-Latest Sony Xperia S 6.0.A.3.73 Firmware
-SemcGallery with Facebook integration
-Facebook inside Xperia and more

Aku baru je cuba rom baru ni dan performance yang ditunjukkan bagi aku masih kurang mantap.Termasuk lambakan aplikasi “sampah” yang tak penting langsung seperti maps, navigation, track ID dan lain-lain.Penggunaan Xperia Home versi original membuatkan rom ni agak lag dan berat.Mungkin korang boleh gantikan dengan versi “modded” yang lebih ringan dan boleh di customize.

Dari segi keseluruhan , rom ni memang menarik dengan 99% interface xperia smartphone digunakan.Sangat kemas dan cun dan sesuai bagi mereka yang gilakan facebook.

Untuk install rom semc ni memerlukan korang untuk unlocked bootloader phone masing-masing terlebih dahulu dan fash kernel nAa terbaru.Ikut langkah-langkah install dibawah :

1- Pastikan korang dah unlocked bootloader xperia x8 masing-masing.
    [Tutorial Mudah Cara Unlocked Bootloader Xperia X8\
2- Download rom tersebut dan masukkan ke dalam memory kad.
    [Download]3- Flash kernel nAa terbaru.
    [Download Kernel nAa-14]    [Tutorial Mudah Cara Flash Kernel Pada Xperia X8]4- Selesai flash kernel, on kan phone dan sebaik sahaja logo nAa keluar, tekan butang back berulang kali sehingga cwm recovery muncul.
5- Pilih wipe data/factory reset kemudian wipe cache.
6- Pergi ke bahagian Advance kemudian pilih “wipe dalvik cache” dan “wipe battery stats”.
7- Flash / install rom tadi dengan cara install custom zip > choose from sdcard .
8- Reboot phone dan enjoy.

Memandangkan rom ni masih di peringkat beta, apa yang aku harapkan performance ni dapat dipertingkatkan lagi untuk menjadikan ia lebih mantap.Beberapa perkara boleh dilakukan sendiri oleh korang untuk membaiki kekurangan pada rom ni seperti tukar home launcher rom tersebut dan gunakan versi yang lebih ringan.

Jangan lupa sertai kami di facebook page soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak tips dan tutorial dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew-krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here