Cara Upgrade Xperia X8 : [rom] GingerSony V02

GingerSony sebuah lagi rom baru yang dibangunkan oleh pembangun malaysia iaitu Vınce . Menggunakan Nemus Launcher sebagai home launcher membuatkan rom ni tampak lebih menarik. Aku difahamkan rom ini dibangunkan dengan kerjasama dari RohinZaraki, pembangun muda dari Malaysia yang membangunkan rom GingerZaraki.
Buat masa ni aku masih belum berkesempatan untuk mencuba melihat bagaimana “performance” rom tersebut jika digunakan secara “heavy use”.Jika dilihat dari interface yang ringkas dan bercirikan minimalistik, korang patut cuba dan rasai sendiri performance yang ada pada rom ni.

Bagi yang berminat untuk cuba korang boleh ikut langkah-langkah dibawah :
1- Pastikan korang dah pun unlocked bootloader [rom ni hanya untuk pengguna yang dah pun unlocked bootloader phone masing-masing]     [Tutorial Mudah Unlocked Bootloader Xperia X8]
2- Download rom GingerSony dan masukkan kedalam memory kad.
     [DOWNLOAD]
3- Flash kernel nAa terbaru iaitu kernel nAa-14.
    [Download Kernel nAa-14]
4- Selesai flash kernel, on kan phone masing-masing dan sebaik sahaja logo nAa keluar, tekan butang back banyak kali sehingga cwm-recovery muncul.
5- Pilih Wipe Data/Factory reset kemudian Wipe Cache.
6- Flash /install rom tadi dengan menggunakan cara “install custom zip>choose from sdcard>pilih file rom tadi.
7- Reboot dan enjoy.
P/S- 10 minit pertama selepas install korang mungkin akan merasai sedikit lag dan berat, apa yang perlu dilakukan ialah tunggu dan jangan install apa-apa untuk setengah jam.selepas setengah jam performance rom ini akan kembali normal tanpa sebarang lag atau sangkut2.

P/S- Phone sangkut pada logo atau rosak? Rujuk artikel “Phone rosak dan Sangkut Pada Logo.Apa yang Perlu Dilakukan?” untuk memulihkan kembali phone korang.

Untuk pengetahuan korang, rom ni mendapat rating 5 star dari pengguna. Ini membuktikan rom yang dihasilkan oleh pembangun Malaysia mampu menyaingi rom lain yang hebat seperti minicm7.

Jangan lupa sertai facebook page soleheen[dot]com untuk lebih banyak infomasi serta maklumat mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew-krew kami.

ENTRI-ENTRI SEBELUM :-
1- IFA 2012 : Sony Memperkenalkan Sony Xperia Tablet S
2- IFA 2012 : Xperia J , Xperia V Serta Xperia T Diperkenalkan.
3- Celcom Bakal Menawarkan Samsung Galaxy Note kepada Pengguna Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here