Cara Upgrade Samsung Galaxy Y : The CoD Rom

1
519 views
views
Baru-baru aku dah pun terbitkan artikel tentang bagaimana untuk root dan install custom rom pada Samsung Galaxy Y.Satu proses yang amat mudah sebenarnya jika hendak dibandingkan dengan upgrade xperia x8.Untuk kali ni jom lihat custom rom Galaxy Y yang menarik untuk dicuba oleh korang.

The COD rom, sebuah rom yang dibangunkan oleh CoD. seorang pembangun muda dari Jaipur, India.Menggunakan Xperia Home Launcher sebagai launcher utama membuatkan rom ini nampak menarik dengan interface yang “clean” serta simple ditambah dengan penggunaan icon Meego pada rom tersebut.

Bagi yang berminat korang boleh ikut langkah dibawah untuk cara upgrade :-

1- Pastikan korang dah pun root phone masing-masing. *Pengguna yang dah pun root boleh skip langkah ini manakala pengguna baru sila refer artikel dibawah mengenai cara root Samsung Galaxy Y .
    [Tutorial Root dan Install Custom Rom Pada Samsung Galaxy Y]2- Download rom tersebut dan juga google apps [gaapps] kemudian masukkan kedalam memory kad.
     [Download rom CoD]     [Download gapps ]3- Download cwm-recovery.zip dan masukkan juga kedalam memory kad.
    [Download cwm.zip]4- Backup segala data penting seperti contact dan mesej.
5- Offkan phone.
6- Masuk ke dalam mode recovery dengan cara ‘tekan butang power + home + volume up‘ secara serentak.
7- Pergi ke install update from sdcard dan pilih file cwm.zip tadi.
8- Bila cwm-recovery dah muncul..pilih “wipe data/factory reset” dan “wipe cache”.
9- Selesai  proses diatas, install pula file rom cod tadi dengan cara “install zip from sdcard > choose custom zip”.
10- Tunggu sehingga proses install selesai kemudian wipe data serta wipe cache sekali lagi.
11- Reboot phone dan enjoy rom baru korang.
12- Lepas kira-kira 10 minit..masuk cwm-recovery semula macam tadi dan install file google apps [gaapps].Penting!
13- Reboot dan enjoy!

Menarik bukan? Jangan lupa sertai facebook page soleheen[dot]com untuk mengetahui lebih banyak maklumat serta informasi dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda mengalami masalah.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here