Cara Uninstall Aplikasi Asal Pada Android Smartphone

1

Cara uninstall aplikasi asal pada android smartphone, salah satu perkara yang agak menjengkelkan ketika menggunakan android smartphone ialah kewujudan aplikasi asal  [default application/preinstalled apps] yang tidak digunakan dan agak tak berfaedah untuk kebanyakan pengguna dimana aplikasi tersebut  tak boleh di delete melainkan dengan menggunakan cara khas.

 photo Easily-Remove-Delete-Stock-Apps-Bloatwares-or-System-Apps-from-your-Android-Device-Rooted-Unrooted_zps220a20ef.png

Jika anda lihat pada smartphone Sony Ericsson antara aplikasi tersebut ialah :-

-rollercoaster.apk (Game)
-peggle.apk (Game)
-edge.apk (Game)
-quadrapop.apk (Game)
-Wisepilot.apk (software GPS versi percubaan)

dan lain-lain bergantung kepada jenis smartphone samada Samsung , Sony, LG ataupun HTC

Satu-satunya cara untuk buang aplikasi tersebut ialah dengan root android smartphone masing-masing bagi membolehkan kita masuk ke dalam system phone tersebut dan delete aplikasi yang dikehendaki.Inilah salah satu kebaikan apabila kita root android smartphone sepertimana yang dijelaskan oleh kami dalam artikel “Android Smartphone : Wajibkah Kita Root dan Apa Kelebihannya?”

Ikut langkah dibawah untuk cara-cara delete aplikasi asal pada smartphone masing-masing.

CARA UNINSTALL APLIKASI ASAL PADA SMARTPHONE

1- Pastikan anda dah pun root smartphone masing-masing.
2- Download dan install Root Explorer pada android smartphone korang..
[Download Root Xplorer] 3- Buka root explorer dan pergi ke bahagian “system > app ”
4- Lihat pada bahagian atas root explorer yang tertulis “R/W” , tekan pada simbol tersebut untuk menukarkannya kepada simbol “R/O”
5- Delete aplikasi yang dikehendaki dengan menekan lama pada aplikasi tersebut sehingga keluar option untuk delete.
6- Done dan enjoy.

P/S- Pastikan anda tidak tersalah delete aplikasi yang ada dalam folder apps tersebut bagi mengelakkan sebarang masalah dari berlaku.

P/S- Pilih dengan berhati-hati aplikasi yang ingin di delete.

Proses ini mesti dilakukan dengan berhati-hati.Selain digunakan untuk delete aplikasi dalam system, root explorer juga boleh digunakan untuk pelbagai tujuan lagi.

Ingin tahu lebih banyak info tips dan tutorial mengenai android smartphone ?

Jangan lupa sertai facebookpage | Twitter Youtube soleheendotcom dan anda juga boleh bertanyakan soalan kepada krew kami jika menghadapi sebarang masalah.

KLIK LIKE TWEET DAN G+ SHARE

p/s – Tahukah anda, komen terbaik dan terbanyak bulanan akan mendapat TOP UP PERCUMA bernilai RM10 dari kami di soleheendotcom? Rajin kan diri anda untuk memberi komen | like | tweet artikel kami :)

KONGSIKAN PENDAPAT ANDA.MULAKAN DISKUSI

1 Comment

  1. Pingback: Cara Root Samsung Galaxy S4 I9500 - SOLEHEENDOTCOM

TINGGALKAN KOMEN ANDA