Cara Root Xperia 2011 : Xperia Mini Pro SK7i

0

Xperia Mini Pro, sebuah android smartphone dalam siri xperia 2011 dan sudah pun mendapat official android 4.0 ICS update dari Sony.Seperti yang aku nyatakan dalam artikel “Android Smartphone : Kenapa Perlu Root dan Kelebihannya” , walaupun smartphone tersebut sudah pun menerima update Android 4.0 ICS namun tak lengkap rasanya jika ianya tidak di root.


Untuk artikel kali ni jom kita lihat bagaimana proses untuk root xperia mini pro yang menggunakan android 4.0 ICS build number 4.1.B.0.431.Agak berisiko jika korang tak berhati-hati ketika melakukan proses ni dan sila lakukannya dengan penuh teliti.

P/S- TOLONG BACA ARAHAN DENGAN TELITI ! IKUT SATU PERSATU DAN JANGAN KELAM KABUT NAK CEPAT.PASTIKAN SEMUA LANGKAH DIIKUT DENGAN BETUL.

P/S- KAMI TAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEGALA KEROSAKAN YANG BERLAKU AKIBAT KECUAIAN MASING-MASING.RISIKO ATAS BAHU KORANG.JADI, SILA BERHATI-HATI.

LANGKAH-LANGKAH ROOT XPERIA MINI PRO :

[PERSEDIAAN PADA KOMPUTER ]

- Download dan install ADB Driver pada komputer masing-masing. Penting!
[Download ADB Driver ]

- Sambungkan phone korang ke komputer dan tunggu dalam 4-5 minit bagi membolehkan driver phone diinstall.
- Restart komputer
-Selesai restart, sila pastikan korang tutup antivirus pada komputer masing-masing.
- Pastikan PC Companion dah pun “exit”.

[PERSEDIAAN PADA SMARTPHONE]

- Pastikan build number xperia mini korang ialah 4.1.B.0.431
- Pergi ke “Menu > Settings > Developer Options > Development” dan tick pada USB Debugging.
- Kemudian pergi ke “Menu > Setting > Security ” dan tick pada Unknown Sources
- Jangan lupa pergi ke “Menu > Settings > Xperia(tm) > Connectivity > USB connection mode” dan tick pada MASS STORAGE MODE (MSC)

 LANGKAH SETERUSNYA :

1- Memandangkan versi android pada Xperia Mini Pro ialah 4.0.4 dan tidak boleh di root maka korang perlu downgrade kepada versi 4.0.3 dengan menggunakan flashtool.Perkara yang diperlukan :
-Flashtool
-ST18i_4.1.A.0.562_kernel.ftf

p/s – bagi yang dah ada flashtool tak payah install dah.

install flashtool

2- Masukkan firmware ST18i_4.1.A.0.562_kernel.ftf  tadi ke dalam folder flashtool > firmware
3- Buka flashtool.Pastikan korang pilih versi flashtool yang sesuai dengan komputer.Flashtool 64 adalah untuk komputer 64 Bit manakala flashtool sahaja untuk komputer 32bit.

4- Klik lambang “petir” kemudian pilih “flashmode”

5- Pilih firmware  tadi dan pada kotak belah kanan pilih kernel sahaja.Klik OK.
6- Ikut arahan penyambungan smartphone korang.Pastikan phone tersebut disambung dengan betul.
7- Tunggu sehingga proses flash selesai.
8- Tutup flashtool tadi.

P/S- PHONE KORANG AKAN MENGALAMI SEDIKIT MASALAH LEPAS SELESAI FLASH SEPERTI SANGKUT PADA SCREEN LOGO.JANGAN RISAU DAN RELAX.BIARKAN DAHULU DAN IKUT LANGKAH ROOT DIBAWAH.

ROOT XPERIA MINI PRO

Ok sekarang masa untuk melakukan proses root.Pastikan korang dah ikut betul-betul kesemua langkah diatas terutama langkah persediaan pada komputer dan phone.

1- Download file root , extract dan letakkan di desktop.
[Download DOOMLORD ICS ROOT] 2- Cari file “runme.bat” dan double klik pada file tersebut untuk buka.
3- Duduk relax dan tunggu sehinggga proses selesai.
4- Smartphone korang akan “reboot” 2 3 kali.Biarkan.
5- Bila proses tersebut selesai, perkataan “ALL DONE” akan keluar menandakan dah selesai proses.
7- Enjoy!

INSTALL FIRMWARE 4.0.4 XPERIA MINI SEMULA

Lepas selesai proses root diatas, korang perlu flash balik firmware 4.0.4 ke dalam xperia mini dengan menggunakan cara yang sama seperti proses flash firmware diatas.

1- Download file firmware xperia mini pro dan masukkan dalam folder “flashtool > firmwares”
[Download [4.1.B.0.431] 2- Pilih firmware tadi dan pada bahagian “Firmware Content” pastikan korang hanya memilih KERNEL.SIN sahaja!

3- Klik ok dan ikut arahan penyambungan telefon sehingga proses selesai.
4- Reboot dan enjoy.Korang dah pun berjaya root.Lihat pada menu phone dan cari aplikasi superuser.Jika ada aplikasi Superuser tersebut itu bermakna korang dah pun berjaya root.

Jangan lupa sertai facebook page soleheen[dot]com untuk lebih banyak tips tutorial serta berita terkini dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda mengahadapi sebarang masalah.

Share.

TINGGALKAN KOMEN ANDA