Cara Root Samsung Galaxy Ace GT-S5830i

3
Jika sebelum ni aku pernah tulis artikel mengenai cara root Xperia X8, Samsung Galaxy Mini , Samsung Galaxy Young dan juga Xperia Mini Pro, untuk tutorial kali ni jom kita lihat bagaimana cara untuk root Samsung Galaxy Ace S5830i .

Agak mudah sebenarnya untuk melakukan root pada smartphone tersebut jia hendak dibandingkan dengan melakukan proses yang sama pada Xperia series.Bagi yang masih tertanya-tanya wajibkah root dan apa kelebihan root untuk smartphone korang boleh baca artikel “Root dan Kelebihannya”

Suka untuk aku ingatkan bahawa proses root ini hanyalah untuk Samsung Galaxy Ace S5830i sahaja! Pada yang dah bersedia untuk root korang boleh ikut langkah tutorial mudah dibawah :

1- Pastikan Galaxy Ace korang dah pun di update ke android 2.3.6.
2- Download file root dibawah kemudian masukkan ke dalam memori kad.
    [Download]3- Offkan phone.
4- Masuk ke dalam mode recovery dengan cara tekan butang power + home + volume up secara serentak.
5- Pilih “Install zip” kemudian pilih file update.zip tadi dan install.
6- reboot dan enjoy.Phone korang dah pun berjaya di root.

Petanda smartphone korang dah berjaya di root ialah akan wujud aplikasi “Superuser” pada smartphone masing-masing.Selesai proses root korang boleh teruskan dengan langkah untuk install custom rom pula pada Samsung Galaxy Ace korang.

Jangan lupa sertai facebook page soleheendotcom untuk lebih banyak tutorial dan informasi dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika korang menghadapi sebarang masalah.

Share.

3 Comments

TINGGALKAN KOMEN ANDA