Jika dilihat harini jumlah pengguna smartphone android semakin lama semakin ramai dan menurut Amanz.my melalui artikel mereka mengenai kajian yang dilakukan , sistem operasi Android dan juga Symbian lebih popular di Malaysia berbanding iOS dan Blackberry.Walaupun ramai namun tak ramai yang betul-betul tahu mengenai kemampuan sebenar android dan apa yang boleh dilakukan dengan sistem operasi tersebut.
Perkara pertama yang wajib kesemua pengguna android lakukan terhadap smartphone mereka selepas beli ialah root smartphone tersebut.
ROOT? BINATANG APAKAH? :-
Secara ringkasnya root ini adalah satu proses untuk memberikan pengguna smartphone untuk akses penuh untuk membuat sebarang perubahan terhadap sistem di dalam smartphone kita..kebanyakan sistem di dalam smartphone kita telah dikunci oleh pengeluar masing-masing.
KENAPA SI PENGELUAR KUNCI SYSTEM TERSEBUT?
Pengeluar mengunci sistem tersebut adalah untuk menjaga fungsi-fungsi yang telah disetkan. Sekiranya tidak dikunci ditakuti pengguna akan tersilap memasuki sistem ni dan secara tidak sengaja meminda sistem tersebut. Ini boleh menjadikan smartphone tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik.
recovery – software yang diinstall selepas root |
KELEBIHAN ROOT SMARTPHONE ANDROID :-
PHONE LEBIH LAJU DAN SMOOTH
Keupayaan smartphone akan menjadi lebih pantas dan laju – ini adalah perkara pertama yang akan dirasai oleh pengguna sebaik smartphone tersebut selesai proses root. Smartphone akan menjadi lebih pantas berbanding sebelum root.
BUANG APLIKASI YANG TIDAK DIGUNA
Boleh membuang aplikasi yang tidak digunakan dalam smartphone untuk mengurangkan internal memory dan meminimakan penggunaan RAM – Terdapat pelbagai aplikasi yang kita tidak gunakan yang terkandung dalam smartphone kita seperti contoh Chinese Keyboard, Wheater Widget, Wisepilot dan sebagainya. Aplikasi ini hanya membuat Internal Memory kita penuh dan ada diantaranya akan beroperasi secara background. Ini secara tidak langsung membuatkan RAM kita akan meningkat. Aplikasi ini boleh dibuang untuk menjimatkan ruang Internal Memory dan meminimakan penggunaan RAM. Secara tidak langsung ia akan membantu menjimatkan sedikit penggunaan bateri.
INSTALL APLIKASI KHAS SERTA BACKUP & RESTORE
Pengguna dapat menginstall aplikasi yang melibatkan root seperti Titanium backup. – Aplikasi ini adalah untuk back up segala sistem dan aplikasi dalam smartphone. Sekiranya berlaku kerosakan pada peranti, maka pengguna boleh restore semula sistem dan aplikasi yang telah di buat back up.
TUKAR INTERFACE, THEME
Mengubahsuai ROM, launcher, theme dan lain-lain. – Pengguna boleh menginstall pelbagai ROM selain dari ROM standard yang dibekalkan oleh pengeluar. Memasang pelbagai theme dan lain-lain lagi.
xperia x8 yang telah di upgrade kepada android 2.3.7 Gingerbread dari 2.1 Eclair melalui proses root dan xrecovery.Kini smartphone yang berada dalam kelas “low-end device” ini dah pun boleh di upgrade ke android 4.1 Jelly Bean dengan performance yang mantap dan lebih baik.
Kesimpulan
Root memberikan pengguna pelbagai kelebihan kepada pengguna smartphone yang ingin menaiktaraf keupayaan serta memberikan kawalan maksimum terhadap smartphone mereka sendiri. Bagaimanapun sekiranya pengguna telah berasa puas hati dengan smartphone standard mereka, maka proses root tidak digalakkan.
sumber artikel : kumbangdesa [cari.com.my]
Jangan lupa sertai facebook page soleheen[dot]com untuk lebih banyak informasi dan maklumat mengenai dunia android atau bertanyakan soalan kepada krew kami disana!
[…] Root mempunyai banyak kelebihan tersendiri dan bagi anda yang tertanya-tanya apa faedah root, boleh rujuk artikel Kenapa Perlu Root Dan Faedahnya. […]
[…] tak lengkap rasanya kalau tak root sepertimana yang pernah kami terangkan dalam artikel “Kenapa Perlu Root Android dan Apa Kelebihannya?‘.Untuk sesi tutorial kali ini jom kita lihat bagaimana cara yang paling mudah untuk anda root […]
[…] Cara Root Xperia Miro, artikel kali ini merupakan versi kemaskini yang disertakan dengan tutorial root xperia miro yang lebih mudah.Tutorial ini hanya memerlukan anda untuk download software tanpa perlu menggunakan flashtool untuk downgrade smartphone tersebut.Bagi yang masih keliru dan tertanya-tanya kenapa perlu root phone anda boleh rujuk artikel Kelebihan Root Smartphone. […]
[…] perlu root android smartphone masing-masing , jawapan mengenainya boleh dibaca di dalam artikel mengapa perlu root dan apa kelebihannya? Bagi yang sudah bersedia anda boleh ikuti langkah-langkah mudah […]
[…] kenapa perlu root android smartphone, kelebihan root telah pun kami bincangkan dalam artikel Kenapa Perlu Root dan Kelebihannya.Cara root ini agak mudah dimana ianya hanya menggunakan root script dan berkesan untuk phone yang […]
[…] yang pernah kami tulis dalam artikel Kenapa Perlu Root dan Apa Kelebihannya, tak lengkap rasanya jika tidak root smartphone bagi memantapkan lagi prestasinya.,dalam artikel […]
[…] Baca Kenapa Perlu Root Dan Apa Kelebihannya […]
mcm mn nk root lenovo a850+
Salams
Kalau berminat nak root phone/ ada problem dgn software phone/ brick/ etc
boleh contact sy. Kami menyedikan service root/unroot/upgrade/downgrade android phone.
Tuan tanah tumpang lalu..
tinggalkan no contact la
bro…contact number please 🙂
Encik ady.. mtk no fon plis… sy nk root talipon sy…. tq
kat mana ye
macam mner nk root hp sony sola saya ye
Salam..saya telahpun ROOT hp sy (s650 lenovo)minta pendapat apakah apk yg patut sy ada?
terima kasih atas informasinya 🙂
mohon bantu sy..bagaimana cara root fon leagoo lead 3
terima kasih untuk penerangan awak…kini baru tadi saye root Hp saye (a889) dgn menggunakan Kingroot…Ape pendapat awak tentang root Hp lenovo A889
Mcm mn nk root fon aus zenfone go.
Tolong bagi tahu. Please…
cara root winds note grace v