IFA 2012 : Sony Memperkenalkan Xperia Tablet S [Gambar Spesifikasi Ringkas]

0
301 views
views
Xperia Tablet S, sebuah tablet yang cukup dinanti-nanti kan oleh kebanyakkan pengguna terutama peminat barangan Sony.Khabar angin mengenai nya telah lama bertiup dengan beberapa keping gambar yang bocor ke internet beserta spesifikasi ringkas tablet tersebut.

Akhirnya, baru-baru ni di IFA 2012 Berlin, Sony telah mengumumkan kemunculan tablet milik mereka secara rasmi sekaligus melenyapkan segala khabar angin serta ura-ura mengenai tablet yang akan dikeluarkan.
Didatangkan dalam 3 versi iaitu versi 16GB, 32GB, 64GB dengan spesifikasi canggih serta rekabentuk yang menawan ianya bakal menjadi saingan sengit kepada Galaxy Note 10.1 milik Samsung.Xperia Tablet S dilengkapi dengan Ice Cream Sandwich 4.0.4, cip pemprosesan Tegra 3, 9.4 inci screen, memory card slot dan beberapa ciri-ciri lain.
Apa yang menarik mengenai tablet ini ialah, fungsi-fungsi khas yang terdapat padanya.Antaranya ialah remote TV yang berupaya menukar fungsi Tablet S kepada remote tv serta Sony Guest Mode yang membenarkan pemilik tablet tersebut untuk mencipta profile lain dan mengawal aplikasi daripada diceroboh.
Tarikh pelancaran tablet terbaru daripada Sony ini di Malaysia masih belum diketahui bila.

Video pengenalan Xperia Tablet S :
Mampukah tablet dari Sony ni menyaingi Samsung Galaxy Note 10.1 yang akan mula berada di pasaran Malaysia pada september ini ? Bagi yang masih belum tahu, Celcom bakal menawarkan Samsung Galaxy Note 10.1 kepada para pengguna di Malaysia pada september ini.Maklumat lanjut boleh refer pada artikel ini.
Jangan lupa sertai facebook page soleheen[dot]com untuk mengetahui lebih banyak maklumat serta berita dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here