IFA 2012 : Sony Memperkenalkan Xperia T, Xperia V dan Xperia J [Spesifikasi Ringkas]

0
272 views
views
Baru-baru ni di IFA 2012 Berlin, German, Sony telah pun memperkenalkan 3 barisan siri Xperia mereka iaitu Xperia T, Xperia V dan Xperia J. Jika dilihat dari mata kasar ketiga-tiga smartphone tersebut mempunyai rekabentuk melengkung sama seperti Xperia Arc dan ianya sedikit berbeza dengan barisan Xperia 2012 yang lain yang tidak mempunyai lengkungan.
Sony Xperia J
Sony Xperia J didatangkan dengan skrin bersaiz 4 inci, 1GHz processor, kamera 5MP dan menggunakan android 4.0.4 Ice Cream Sandwich.Tiada apa yang istimewa memandangkan ianya merupakan sebuah smartphone mampu milik disasarkan untuk golongan berpendapatan sederhana.
Sony Xperia T
Manakala bagi Sony Xperia T ianya merupakan smartphone HD terbaru dalam keluarga Sony Xperia, dengan menggunakan 13MP camera berserta skrin HD Reality Display bersaiz 4.6 inci ditambah dengan dual core processor berkelajuan 1.5GHz, ianya pasti menarik minat pengguna untuk mencuba smartphone tersebut.
Sony Xperia V
Xperia V pula merupakan smartphone yang tidak dijangka kemunculan nya.Mengikut jejak langkah Xperia Active, Xperia Go dan Xperia Acro S yang kalis air dan debu, selain daripada mempunyai kedua-dua ciri tersebut, Xperia V turut dilengkapi dengan 1.5GHz Dual Core Processor, skrin HD bersaiz 4.3 inci dan Mobile Bravia Engine 2.Smartphone ini turut mempunyai 13MP camera lengkap dengan teknologi Exmor R dan juga HDR yang pasti akan memukau mata setiap pengguna.

Walaupun kedua-dua Xperia J dan Xperia T telah pun dijangka kehadiran mereka di pasaran, namun Sony berjaya mencuri tumpuan pengguna dengan memperkenalkan Xperia V, sebuah smartphone tahan lasak yang kalis air serta debu dilengkapi spesifikasi canggih dan camera beresolusi 13MP.

Jangan lupa sertai facebook page kami untuk lebih banyak berita dan informasi dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami disana.

kredit gambar – gsmarena

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here