Fungsi ” Smart App Update ” Kini Diaktifkan Oleh Google

0
239 views
views
Bagi yang mengikuti acara gilang-gemilang Google I/O baru-baru ni mungkin anda tahu mengenai ciri-ciri baru pada Google Playstore yang diperkenalkan oleh Google.Sebuah fungsi yang berjaya mencuri tumpuan ramai pengguna dalam acara tersebut.

Smart App Update sebuah fungsi yang diperkenalkan bertujuan untuk menjimatkan jumlah penggunaan data dan masa ketika para pengguna melakukan update pada apps atau game milik mereka.Apa yang menariknya ialah jika sebelum ni kita perlu download keseluruhan saiz aplikasi ketika melakukan proses update namun dengan ada nya ” Smart App Update ” anda tak perlu lagi mendownload keseluruhan aplikasi tersebut apa yang berlaku ialah hanya sebahagian kecil sahaja yang akan di download iaitu bahagian yang di update oleh pembangun apps tersebut sahaja.
Sebagai contoh, jika sebuah aplikasi bersaiz 50MB pada asalnya, apabila ada update terbaru dikeluarkan untuk aplikasi tersebut, ia hanya akan mendownload bahagian yang diupdate sahaja bersaiz lebih kecil sekitar 25MB sahaja.Anda nampak perbezaan dia? beza nya ialah sebelum ni jika update keluar anda perlu mendownload semula kesemua 50MB tersebut, tapi dengan Smart App Update tak perlu lagi download keseluruhan 50MB.
Fungsi ini dikatakan berfungsi bukan sahaja pada Google Play Store versi terbaru bahkan turut berfungsi pada Google Play Store versi sebelumnya.Aku dah pun cuba ciri-ciri ni, malangnya aku tak nampak dengan jelas bagaimana ia berfungsi.Mungkin fungsi ini ditunjuk terus pada saiz aplikasi yang perlu di download iaitu saiz yang ditunjuk hanyalah saiz bagi update terbaru bukannya saiz sebenar aplikasi tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here