Rom Terbaik Untuk Xperia X8?

0
Rasanya dah hampir 2 tahun sejak Sony Ericsson Xperia X8 dilancarkan pada bulan september 2010 lalu dan bermula tarikh tersebut semakin ramai pembangun android [android developers]mencipta rom yang bertujuan untuk meningkat lagi keupayaan smartphone tersebut memandangkan ianya hanyalah sebuah smartphone dalam kategori “low-end device”.
jika dilihat pada rom asal xperia x8 [stock rom], ianya agak mengecewakan dengan fungsi yang agak limited tak smooth serta lag, menambahkan lagi kekecewaan pengguna, xperia x8 hanya boleh di upgrade kepada android 2.1 Eclair [upgrade dari android 1.6 donut]tanpa sebarang fungsi menarik.
untuk mengatasi masalah tersebut ramai pengguna menghasilkan rom sendiri dan seperti yang dapat kita lihat pada harini pelbagai jenis rom telah di cipta dan di reka sehingga sampai ke satu tahap di mana kita sendiri pening bila nak memilih rom manakah yang terbaik untuk xperia x8 masing-masing.
artikel kali ni aku akan menyentuh mengenai cara memilih rom terbaik untuk kegunaan seharian..apa yang korang perlu lakukan ialah kenalpasti korang jenis yang macam mana sebab pengguna smartphone ni dia ada bermacam-macam jenis, ada yang jenis :
- hanya memilih interface yang lawa dan cun.
- gemar main games.
- jenis hanya guna untuk perkara asas[call-mesej-facebook-tweet dll]
- jenis suka tukar-tukar rom.
Jenis Memilih Interface Cun
kalau yang jenis memilih interface / theme yang lawa-lawa ni agak senang sebenarnya untuk pilih rom apa yang terbaik sebab semua rom boleh di “customize” sesuka hati kita..di tambah pulak dengan wujud nya “theme chooser” dalam cyanogenmod rom [CM] memang mudah la.Antara rom dengan interface yang cun ialah stornmix 2.5 , kuyaICS v5 , IScreamDX V004 , Minicm9 3.0.3 dan korang juga boleh install theme seperti White S , Xperia S , ICS setting.
Gemar Main Games
jenis gemar main games ni susah sikit..sebenarnya kalau korang ni gamer xperia x8 langsung tak layak untuk korang guna sebab ianya bukan smartphone yang sesuai untuk korang main games.kadang-kadang rasa nak tergelak pun ada bila melihat ada pengguna yang bengang bila tak dapat main permainan bergrafik tinggi..korang kena faham yang bila dah guna xperia x8 ni tak payah la nak “expect” semua games HD korang boleh main..benda “low-end device” yang hanya sesuai untuk call mesej serta social network korang buat dia macam playstation nak main semua games, memang mustahil la jawab dia..penyelesaian terbaik ialah kumpul duit 2 3 ribu kemudian pergi beli smartphone mahal-malah [high-end device] senang cerita.
Jenis Guna Hanya Untuk Perkara Asas
yang ni paling senang…korang boleh guna mana-mana rom yang korang nak memandangkan semua rom tu boleh buat perkara asas..tak perlu pening kepala.Aspek yang perlu korang lihat dan pertimbangkan ialah keupayaan bateri sesuatu rom tersebut.Standard jangka hayat bateri dalam sesebuah custom rom ialah sehari tanpa penggunaan berat [heavy use]dan jika korang ni jenis suka online menggunakan smartphone , suka bergayut dan lain-lain korang perlu bijak memilih rom.Antara yang boleh di cuba ialah stornmix 2.5 , kuyadroid 4.5.4 , kuyaICS v5 , GingerDX¬† dan banyak lagi.Untuk senarai koleksi rom korang boleh refer di sini.
Jenis Suka Tukar Rom
yang ni tak payah cerita panjang korang guna je la mana yang best bagi korang.
so dah nampak macam mana nak pilih rom yang terbaik? untuk keselesaan korang jangan gunakan sesebuah rom tu untuk jangka masa panjang dan kalau boleh tukar la setiap sebulan sekali bagi memastikan korang tak menghadapi masalah.
Share.

TINGGALKAN KOMEN ANDA