Install Android4.0 ICS Pada Xperia X8 : [rom] MiniCM9-3.0.3

0
382 views
views
MiniCM9-3.0.3 merupakan rom android 4.0 Ice Cream Sandwich yang dibangunkan oleh nobodyAtall, salah seorang pembangun yang dikenali di XDA Developers..versi 3.0.3 ialah versi terbaru bagi rom ni dimana untuk versi sebelum nya iaitu 3.0.2   dah pun aku terbitkan dalam artikel Cara Install Android 4.0 ICS.
Bagi pengguna xperia x8 yang inginkan android 4.0 pada device masing-masing, korang boleh cuba rom ni akan tetapi aku tak rekemenkan untuk kegunaan seharian memandangkan ianya masih belum stabil.Selain daripada minicm9, rom lain yang menggunakan android 4.0 ICS sebagai “based” ialah IScreamDX v004.

Sebelum apa-apa suka untuk aku ingatkan bahawa untuk install rom minicm9 ni memerlukan korang untuk Unlocked bootloader terlebih dahulu serta flash kernel nAa-Ics-04, dan proses ini sangat berisiko.Bagi yang masih belum unlocked bootloader korang perlu ikut tutorial mudah Unlocked Bootloader Xperia X8 kemudian flash kernel nAa-ics-04 dengan mengikuti tutorial mudah flash kernel pada xperia x8.
P/S- Kami tidak bertanggungjawab jika berlaku sebarang masalah atau kerosakan pada smartphone masing-masing.
P/S- Sila ikut serta baca arahan dengan teliti untuk memastikan segala proses berjalan dengan lancar.
  
LANGKAH-LANGKAH INSTALL ROM :

1- Pastikan phone dah pun di unlocked bootloader. 
 
2- Download rom minicm9-3.0.3 dan google apps for ics [gapps-ics] dan letakkan dalam memory card.
[DOWNLOAD MINICM9]
[DOWNLOAD GAPPS-ICS]
 
3- Download kernel nAa-ics-04 dan flash kernel tersebut.
[Tutorial Mudah Flash Kernel pada Xperia X8]
[DOWNLOAD KERNEL NAA-ICS-04]
 
4- Lepas selesai flash kernel, on kan phone korang, apabila nampak sahaja logo nAa keluar tekan button “back” banyak kali sehingga muncul cwm-recovery.
5- pada recovery tersebut pilih wipe data / factory reset kemudian jangan lupa untuk wipe cache.
6- flash/install rom minicm9 tersebut dengan cara pergi ke “ install custom zip > choose custom zip from sdcard
7- kemudian flash google apps for ics dengan cara yang sama seperti flash rom tadi.
8- reboot dan enjoy.
Mudah bukan? jangan lupa untuk sertai fanpage soleheen[dot]com untuk lebih banyak informasi dan bertanyakan soalan.
        

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here