Cara Install Apk File Menggunakan Flashtool

1
selama ni kebanyakkan pengguna android berangapan bahawa untuk menginstall sesuatu games ataupun aplikasi tu hanya boleh di lakukan melalui Google Play [android market]yang memerlukan sambungan internet.
hakikatnya untuk install aplikasi serta games boleh dilakukan dengan beberapa cara seperti download file apk dari internet kemudian masukkan ke dalam memory kad dan install melalui file manager.Itu cara pertama, antara cara lain yang boleh dilakukan ialah menggunakan flashtool.

Menggunakan flashtool untuk install apk file memerlukan phone kita di root terlebih dahulu dan driver berkaitan di install pada komputer. korang boleh ikut tutorial di bawah ni untuk cara-cara install :-
1- Download dan install flashtool pada komputer.
 
2- Download file.apk yang kita mahu kemudian letakkan pada folder ” C > Flashtool > custom > apps
     *ini untuk memudahkan flashtool kesan apk file kita.

3- Buka flashtool kemudian sambungkan phone.Tunggu sehingga phone tersebut di detect oleh flashtool.

4- Lihat dekat bahagian atas dan tekan pada tanda “Anak panah” [apk installer].

5- Pilih file apk yang kita ingin install dan klik ok.

7- Tunggu sehingga proses install tersebut selesai.

8- lepas selesai cabut phone dan enjoy.[tak perlu reboot].Lihat samada aplikasi tersebut dah install atau tak.

senang bukan? Kalau tak faham korang boleh rujuk pada video tutorial yang aku hasilkan dibawah ni.Antara kelebihan menggunakan flashtool untuk install apk file ni ialah , kita tak perlu lagi untuk memasukkan apk file ke dalam memory kad dan install melalui file manager, Secara tak langsung dah pun menjimatkan masa kita.

Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini dan sertai facebook page kami di soleheen[dot]com untuk lebih informasi.

Artikel – Artikel Sebelum :-

1- Android Games : Amazing Alex Apk
2- Download Superheroes Wallpaper
3- Rom Terbaik Untuk Xperia X8

Share.

1 Comment

TINGGALKAN KOMEN ANDA