Tutorial Mudah Cara Pindah Aplikasi dan Games ke Memory Card

11
Selama ni ramai pengguna Anroid Smartphone bertanya macam mana nak install atau pindahkan aplikasi serta games ke dalam memory card berikutan memori dalaman [internal memory] x mencukupi untuk menampung jumlah aplikasi yang diinstall..antara cara yang boleh kita lakukan ialah menggunakan aplikasi Link2SD yang boleh di download di Google Play.
so, untuk memenuhi permintaan, aku sendiri dah pun buat benda ni untuk memastikan tutorial yang akan diajar dalam entri ni menjadi serta mudah untuk di ikut..satu je yang aku minta..tolong ikut kesemua langkah satu persatu dan baca dengan teliti arahan yang ditulis untuk memastikan korang x tersilap langkah..ikut langkah detail di bawah ni.
PENTING!
* Pastikan android smartphone korang dah pun di root.
* Pastikan memori kad korang free sekurang-kurangnya 600 MB
* Tutorial ini dah dicuba dan berjaya menggunakan Xperia X8 | rom Stornmix 2.5 | Stock kernel | serta 1GB free pada memory card.
LANGKAH PERTAMA [PERSEDIAAN] :
1- Pastikan segala driver dah diinstall pada komputer korang..cara termudah ialah dengan menginstall Pc Companion kemudian sambungkan phone korang pada pc..tunggu 2 – 3 minit bagi membolehkan driver phone diinstall dengan sempurna.
2- Download dan install MiniTool Partition Wizard pada komputer korang.[DOWNLOAD]
3- Pada phone korang pastikan korang dah tick USB Debugging [ Setting –> Applications –> Development –> Tick ‘USB debugging’] serta “Unknown Sources”[ Setting –> Applications –> Tick ‘Unknown sources’]
 
4- Install aplikasi Link2SD pada phone korang. [DOWNLOAD]
LANGKAH KEDUA [BACKUP MEMORY] :
Ini penting bagi memastikan barang korang selamat daripada hilang atau terdelete secara x sengaja.
1- Sambungkan phone pada pc kemudian copy kesemua files dalam memory card dan paste kan dalam folder baru pada komputer korang.
2- Setel.
LANGKAH KETIGA [ BUAT PARTITION KEDUA PADA MEMORY CARD]
Kita akan menggunakan “MiniTool Partition Wizard” untuk membuat partition kedua pada memory card dan akan memilih format jenis FAT32 memandangkan FAT32 ni sesuai untuk digunakan pada kebanyakkan phone.korang x perlu format memory card untuk melakukan proses ni dan hanya perlu sambungkan phone pada komputer..ikut langkah bawah ni untuk tutorial lengkap.
1- Sambungkan phone kepada komputer via USB kemudian buka MiniTool Partition Wizard..korang akan nampak memory card phone pada bahagian “Disk 2″..klik pada memory card tu.
 

2- Lepas klik, tekan remove/resize..korang nampak kan bar biru tu? lihat pada anak panah bahagian kanan kemudian gerakkan ke arah kiri untuk tentukan size partition kedua yang korang nak..macam dalam gambar aku peruntukkan sebanyak 500MB..lepas selesai, klik ok.

 3- pada bahagian ni korang akan nampak satu partition baru dah pun wujud pada bahagian bawah..tekan right click pada partition baru tu kemudian pilih “Create”.

 4- Tekan Yes.

 5- Isikan kotak-kotak berkenaan mengikut gambar kat bawah ni dan klik ok.

Create As : Primary
File System : FAT32
Drive Letter : S

 6- Seterusnya klik “Apply”

7- tekan “yes”

 8- lepas tekan “yes” korang akan nampak benda macam bawah ni..tunggu sehingga proses ni habis dan jangan kemana-kemana untuk memastikan komputer x standby.

9- Bila keluar benda dekat bawah ni pulak..itu bermaksud korang dah berjaya membuat partition kedua pada memory card korang..Sila “restart” phone korang bagi memastikan langkah seterusnya berjaya tanpa masalah.

LANGKAH KEEMPAT [MENCUBA LINK2SD]
setelah phone korang selesai untuk restart..buka aplikasi Link2SD..Kita akan gunakan aplikasi ni untuk memindahkan aplikasi atau game yang korang nak ke dalam partition kedua yang korang dah pun buat pada step diatas.
 
1- Klik “Allow Access” apabila diminta kemudian pilih FAT32 dan tekan ok.
2- Restart phone korang..dan kalau still dapat mesej ni lepas restart itu bermakna proses partition korang dekat atas tadi tu x menjadi.
3- bagi memastikan samada berjaya atau x proses yang korang dah buat, pada Link2SD tu tekan menu > storage info dan lihat partition kedua [sdcard 2nd part] samada wujud atau x..kalau ada maksudnya ok la tu.
4- Sekarang, untuk memindahkan aplikasi atau games kedalam memory card pergi ke menu > multi select untuk memilih apps dan games secara sekaligus.
 
 
5- lepas selesai memilih aplikasi, pergi ke bahagian action > create link .
 
6- Pastikan korang tick pada ketiga-tiga benda seperti bawah ni.
 
 
 7- Bagi setiap apps atau games yang telah di link / dipindahkan ke sdcard korang akan nampak dibawah tu dia tulis “Linked > Sdcard” ..manakala bagi apps yang x boleh dipindahkan ia akan di hightlight dalam warna kelabu.
 
8- Bagi memudahkan kerja korang untuk pindahkan aplikasi yang baru diinstall ke memory card, sila pergi ke setting > dan tick pada auto link.
 
9- SELESAI!..dan korang dah pun berjaya untuk melakukan proses pindah apps serta games ke memory card.
p/s- penat woii buat tutorial nih!

KONGSIKAN PENDAPAT ANDA.MULAKAN DISKUSI

Share.

11 Comments

  1. Salam. Bro, kawan dh follow langkah2 tu. Tp bila sampai tang restart tu handphone kwn tak bleh on. Die kuar sony jek. Bile kwan cabut sd card bru bleh on. Kenapa eak?

  2. sy dah bjaya buat partition…tp bila bukak kt link2sd, dia tulih sdcard 2nd partition
    total:0.99G used:0.99G free:0.0G
    what should i do?

  3. salam… sye dah ikot semua step tapi bile nk restart fon dye jadi tak bleh on.. dok ulang2 lambang sony je.. ape problem eak…. mintak bantuan

TINGGALKAN KOMEN ANDA