Spesifikasi Baru Android 4.1 Jelly Bean

3
bagi yang masih x tahu sebenarnya Google dah pun memperkenalkan android versi terbaru mereka iaitu Android 4.1 Jelly Bean pada acara terbesar Google iaitu Google I/O 2012..selain daripada memperkenalkan versi terbaru android beberapa perkara lain turut diperkenalkan seperti tablet Nexus 7 ..Social streaming device iaitu Nexus Q serta Project Google Glass.

Android 4.1 JellyBean

untuk entri pada kali ni aku akan menyentuh sedikit mengenai ciri-ciri baru pada Android 4.1 Jelly Bean…untuk pengetahuan korang semua antara pengguna terawal yang akan mendapat update android 4.1 ni ialah pengguna Galaxy Nexus, Nexus S, serta XOOM iaitu pada bulan julai nanti.

Antara ciri-ciri baru pada Android 4.1 Jelly Bean :

1- Lebih laju..lebih smooth serta tindakbalas yang lebih baik. [more responsive]

- bertepatan dengan tujuan google mewujudkan Project Butter ..Android 4.1 JB direka untuk menjadi lebih laju serta smooth tanpa sebarang lag langsung.

2- Sistem Notifikasi serba baru.

- notifikasi terbaru dalam android 4.1 ni memang menarik di mana pengguna boleh access maklumat seperti gmail / email atau mesej terus pada notification bar phone tanpa perlu buka aplikasi tersebut…contoh : bila dapat miscalled..korang boleh call direct orang tu terus dari notification bar tanpa perlu masuk call log.

3- Widget Aplikasi Automatik Resize.

- antara masalah pengguna android versi sebelum ni ialah x cukup ruang untuk letak widget pada homescreen terutama bagi pengguna yang suka letak widget..namun dalam android 4.1 jelly bean apabila kita ingin letak widget pada homescreen ia akan automatik resize saiz widget tersebut mengikut kesesuaian.

4- Gambar contact beresolusi tinggi.

- dalam android 4.1 masalah gambar contact yang pecah atau buruk x lagi wujud dengan gambar beresolusi tinggi yang diperkenalkan dalam Jelly Bean ni.

5- Android Beam.

- payah sikit nak terangkan pasal Android Beam ni sebab aku sendiri x berapa faham.haha…sebenarnya benda ni dah pun ada dalam ICS 4.0 tapi x banyak sangat kegunaan dia..dalam JB 4.1..android beam ni memudahkan lagi pengguna untk berkongsi gambar, video.

- lebih cool lagi apabila dengan ada nya adroid beam ni dikatakan kita hanya perlu laga kan bluetooth device dengan phone kita untuk membolehkan ia di “pair” kan.

6- Smart App Update

-antara perkara yang mendapat perhatian orang ramai pada acara semalam ialah pengumuman smart app update..benda ni ialah ciri-ciri terbaru pada Google Play yang mana pengguna  x perlu download keseluruhan aplikasi tersebut masa nak update tapi cuma download bahagian yang diupdate tu sahaja..

- jadi apa yang menariknya? part yang menarik ialah kita akan dapat menjimatkan penggunaan data internet..contoh aplikasi tu bersaiz 30MB bila keluar update baru mungkin hanya 3 atau 4 mb sahaja yang di download.

7- Google Voice Search and Google Now

- ciri lama yang terdapat pada android versi sebelum ni di kemas kini dengan lebih hebat…tapi kebanyakkan pengguna x guna pun benda ni..kan?

8- Camera

- tidak ketinggalan …Google turut mengemaskini fungsi camera pada android 4.1 JellyBean ni..walaupun hanya sekadar “minor update” fungsi camera pada android 4.1 ni lebih menarik..antaranya:
 -Slide ke kiri untuk melihat gambar yang baru diambil.
-kemudian hanya perlu slide ke kanan untuk kembali ke fungsi camera bagi mengambil gambar.
-proses untuk delete gambar juga makin mudah dengan hanya perlu swipe out untuk delete.

menarik bukan?..apa yang pasti para pengguna  Galaxy Nexus, Nexus S, serta XOOM memang sangat beruntung kerana mereka akan menjadi komuniti pertama yang akan mendapat update terbaru ini pada bulan julai kelak..jangan lupa sertai kami di fanpage soleheen[dot]com untuk lebih banyak maklumat menarik.

sumber : getandroidstuff
 

KONGSIKAN PENDAPAT ANDA.MULAKAN DISKUSI

3 Comments

TINGGALKAN KOMEN ANDA