Cara Install Android 4.0 Ice Cream Sandwich Pada Xperia X8

0
427 views
views
Sebelum ni aku dah pun post kan beberapa screenshot android ICS 4.0 pada Xperia X8 dalam artikel Android 4.0.4 Ice Cream Sandwich Pada Xperia X8 dan untuk artikel kali ni aku akan tunjuk macam mana cara install ICS 4.0 tersebut pada phone masing-masing.

p/s- rom ini memerlukan korang untuk unlocked bootloader dan flash nAa kernel untuk berfungsi.

p/s- proses ini sangat berisiko dan mohon berhati-hati serta buat dengan teliti untuk memastikan semua berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.pastikan korang dah backup segala perkara penting.

LANGKAH PERTAMA :

1- Xperia x8 korang perlu di unlocked bootloader terlebih dahulu..sila ikut tutorial mudah unlocked bootloader xperia x8.

2- Download rom MiniCM9-3.0.2 dan google apps kemudian letakkan dalam memory card.

[DOWNLOAD MINICM9] [DOWNLOAD GAPPS FOR CM9]

3- selesai unlocked bootloader korang perlu install kernel nAa-ics-03..kernel ini di perlukan bagi memastikan rom ICS 4.0 ni berfungsi..ikut tutorial mudah cara flash kernel pada xperia x8.

[dalam tutorial flash kernel korang hanya perlu ikut langkah-langkah untuk flash kernel sahaja..tak perlu ikut langkah-langkah berjaga kerana rom yang akan kita gunakan ialah rom lain.]

p/s – pastikan korang guna kernel yang betul…untuk rom ni kernel yang diperlukan ialah  kernel nAa-ics-03.

[DOWNLOAD kernel nAa-ics-03]

4- selesai flash kernel..pastikan korang reboot phone kemudian korang akan nampak logo nAa keluar..sebaik sahaja logo tu keluar terus tekan butang back banyak kali sehingga cwm recovery keluar.

5- di recovery tu pilih full wipe/wipe data kemudian wipe cache..ini penting!

6- kemudian pilih install custom zip > choose custom zip from sdcard > pilih file rom minicm9 tadi dan install.

7- selesai install rom..pilih pula file “gapps” zip tadi dan install macam install rom.

8- reboot phone korang dan enjoy android 4.0.4 pada xperia masing-masing.

mudah bukan? jangan lupa untuk sertai fanpage soleheen[dot]com untuk lebih banyak maklumat dan berita dunia android.

ENTRI-ENTRI LAIN :

1- [rom]GingerDX V28B
2- Download android jelly bean wallpaper.
3- Spesifikasi Baru Android 4.1 Jelly Bean.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here