Update Galaxy Mini vs Xperia X8 : Apa Bezanya?

0
303 views
views

>>[Upgrade Xperia X8 dan Sony W8 to 2.3 Gingerbread- Full and Easy Tutorial ]   <<
 
seperti yang aku janjikan sebelum ni akan ada update mengenai samsung galaxy mini terutama mengenai tutorial root – install ClockWorkMod Recovery dan juga tutorial install custom rom pada samsung galaxy mini..alhamdulillah semalam aku berjaya install custom rom pada smartphone tersebut selepas beberapa kali gagal tanpa aku sedari dimana silap nya.

untuk install custom rom pada galaxy mini memang memerlukan kesabaran dan penelitian..secara umum benda ni mempunyai konsep yang sama tapi cara yang berbeza..bagi aku proses untuk galaxy mini lebih rumit dan agak memeningkan kepala terutama bagi yang masih baru dan xde asas dalam perkara ni.

jika xperia x8 memerlukan korang menginstall pc companion galaxy mini pula memerlukan korang menginstall samsung kies yang boleh di download dari website masing-masing..melakukan update pada samsung galaxy mini memerlukan korang menggunakan komputer sepenuhnya berbeza dengan xperia x8 yang hanya perlu menggunakan komputer pada peringkat awal iaitu ketika root.

so apa kelebihan buat benda alah ni semua? wajib ke?..jawapan jujur dari dalam hati aku sendiri x wajib mengapa? sebab  samsung galaxy mini ni dah pun dilengkapi dengan sistem android 2.3.4 gingerbread yang mana mengikut pengalaman aku menggunakan phone ni dari segi kelajuan memang memuaskan hati sampai aku sendiri terfikir kenapa xperia x8 aku sendiri x laju / smooth sebagaimana galaxy mini.haha.

apa yang membuatkan aku akan menyesal bila beli phone ni ialah dari segi user interface yang sangat-sangat buruk sampai terdetik dalam hati aku “gila buruk phone ni –” buruk yang aku maksudkan ialah dari semua aspect baik icon yang digunakan ataupun interface pada bahagian mesej contact dan juga keyboard phone tersebut..memang betul-betul mengecewakan…pfft..mungkin punca buruknya phone ni adalah disebabkan ciri-ciri display pada phone ni..gambar dibawah ialah perbandingan antara Samsung Galaxy Mini dan juga Xperia X8

galaxy mini                                                                                           xperia x8

see?…dan tahukah anda wahai pengguna galaxy mini masalah buruk ni boleh diatasi ataupun dikurangkan sikit dengan cara korang guna custom rom yang mana telah terbukti lebih lawa dan cun dengan pilihan theme yang pelbagai.

jujur bagi aku kekurangan samsung galaxy mini hanya lah pada user interface dan juga display phone tersebut..jka dilihat pada aspect-aspect lain phone ni x kurang hebatnya dengan ciri-ciri tersendiri yang mampu membuatkan aku agak kagum antaranya

-wifi yang lebih laju dari x8
-kelajuan phone tu sendiri serta smooth
-official android 2.3.4
-skrin yang lebih luas?

rasanya setakat ni je pandangan peribadi aku mengenai phone ni dan juga perbandingan yang aku buat antara galaxy mini dan xperia x8 [x berat sebelah kan?] ahaha…nantikan tutorial yang akan datang dalam masa terdekat.

lagi satu jangan lupa sertai facebook page soleheen.com untuk mendapatkan lebih banyak update terkini mengenai samsung galaxy mini dan juga xperia x8.

**oh samsung kau memang selalu mengecewakan aku nasib baik android tu boleh buat macam-macam 😀

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here