Aplikasi Patut Dimiliki Pengguna Android Smartphone

0
715 views
views

akhir-akhir ni makin ramai yang bertanya kepada aku tentang aplikasi apa yang best..aplikasi apa yang patut diguna..aplikasi mana yang terbaik untuk android smartphone masing-masing..sebenarnya benda ni bergantung atas pengguna tu sendiri sebab kita yang tentukan aplikasi apa yang terbaik melalui cara kita gunakan smartphone tu…untuk review kali ni aku akan senaraikan mengikut citarasa aku…boleh ke?..haha..

penting sebenarnya untuk memilih aplikasi dan game yang betul-betul penting sahaja untuk diinstall untuk mengelakkan phone menjadi berat dan mengelak internal memori dari penuh..so dekat bawah ni aku dah senaraikan beberapa aplikasi yang agak berguna bagi kebanyakkan pengguna.

1- Reminder | To Do List

-bagi aku benda ni agak penting dan berguna untuk mengingatkan kita tentang sesuatu perkara dan antara aplikasi yang aku syorkan :

-Any.Do: To Do List   [DOWNLOAD]-Organizer Widget     [DOWNLOAD]-Days Left Widget     [DOWNLOAD]

2- Photo Editing

-sesuai bagi mereka yang suka ambil gambar dan publish di facebook twitter atau blog.

-Photoshop             [DOWNLOAD]-Picsay                   [DOWNLOAD]-Paper Camera       [DOWNLOAD]

3-File Manager

– bagi kebanyakkan android smartphone versi 2.2 keatas dah pun mempunyai file manager sendiri tapi bagi pengguna xperia x8 android 2.1 Eclair, fileman x disediakan dan korang perlu install sendiri..antara yang aku syorkan :

-Astro file manager                                      [DOWNLOAD]-OI File Manager                                         [DOWNLOAD]-Root explorer [hanya untuk root user]       [DOWNLOAD]

4- Personalize | Customize

-bagi yang ingin menjadikan android smartphone masing-masing lebih cantik dan sedap mata memandang korang boleh guna aplikasi dibawah, aku x berapa galakkan korang terlalu banyak gunakan widget sebab 3 aplikasi yang aku syorkan dekat bawah ni dah cukup untuk mencantikkan phone :

-minimalistic text    [DOWNLOAD]-widgetlocker          [DOWNLOAD]-home launcher       [DOWNLOAD]

5- Document reader | File Editor

-bagi kebanyakkan pelajar dan guru perkara ni boleh dikatakan penting kerana ia sangat berguna untuk membaca mengedit nota atau document on the go..aplikasi yang aku syorkan

– Smart Office     [DOWNLOAD]-Office Suite       [DOWNLOAD]-Adobe Reader   [DOWNLOAD]

6-Task Killer | Cache Cleaner | Battery Saver

-merupakan aplikasi untuk kill aplikasi untuk memastikan ram free dan phone berfungsi dengan lancar ..untuk aplikasi ni aku x pasti mana satu yang bagus sebab aku agak jarang guna..papepun korang boleh cuba salah satu dibawah:

-Advance Task Killer                 [DOWNLOAD]-System Panel | Task Manager   [DOWNLOAD]-App Cache Cleaner                   [DOWNLOAD]

aku rasa cukup untuk 6 bahagian ni dulu dan akan ada penambahan dari masa ke semasa apa yang aku perlukan, korang senaraikan aplikasi pilihan hati korang di bahagian komen nanti ok..

nasihat aku sebenarnya x perlu sangat untuk kita menggunakan aplikasi yang sama untuk satu perkara atau tujuan..contoh : menggunakan 2 jenis music player..menggunakan 2 jenis gallery..menggunakan aplikasi sms sedangkan sistem sms asal dah pun ada dan banyak lagi..melakukan perkara macam tu hanya akan membuatkan phone menjadi makin berat x smooth serta lag..membuatkan internal memory penuh.

jangan lupa sertai facebook page soleheen.com untuk bertanya dan mungkin berbincang tentang apa sahaja 🙂

jangan lupa senaraikan atau cadangkan aplikasi pilihan hati korang terutama untuk security[apps locker] di ruangan komen dekat bawah ni..segala kerjasama sangat dihargai 🙂

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here