Upgrade Xperia X8 to 2.3 Gingerbread – Full and Easy Tutorial

6

Upgrade Xperia X8 to 2.3 Gingerbread, untuk sesi android kali ni kami akan ajar cara-cara paling mudah untuk upgrade Xperia X8 ke android 2.3 gingerbread.Tutorial disediakan bagi yang newbie dan juga bagi memudahkan lagi kaum perempuan untuk upgrade xperia masing-masing.

Secara ringkas nya , ada 3 proses yang perlu anda lakukan untuk upgrade phone masing-masing iaitu :

1- Root menggunakan Superoneclick
2- Install X-recovery.
3- Install rom pilihan.

LANGKAH PERTAMA : ROOT MENGGUNAKAN SUPERONECLICK

1- Lihat pada phone > check baseband dan pastikan hujung dia berakhir dengan 015
2-Download net framework ni dan install pada komputer. (DOWNLOAD)
3-Download pc companion dan install pada komputer (DOWNLOAD)
4-Buka pc companion dan kemudian sambungkan x8 tunggu 2-3 minit bagi membolehkan driver di install.Kemudian cabut phone semula.
5-Pada phone pergi ke setting > application dan tick kan unknown resources dan tick kan pada USB Debugging.
6-Download superoneclick kemudian extractkan ke desktop. (DOWNLOAD)
7-Buka superoneclick.exe , sambungkan x8 ke komputer dan pilih charge phone!.
8-Tekan root > klik yes > tunggu sehingga selesai.
9-Restart phone.
10-Done dan enjoy.

P/S – Gagal untuk root ? Lihat kesilapan yang mungkin anda lakukan di artikel Kesilapan Ketika Update Xperia X8 | soleheen D

P/S – Rujuk video dibawah jika anda masih belum faham untuk root.

 

LANGKAH KEDUA : INSTALL XRECOVERY

1-Download x8rooting tool kemudian extract dan masukkan ke dalam memory card.(DOWNLOAD)
2- Install root explorer gunakan app installer ataupun file manager untuk cari file root explorer.
3-Buka root explorer dan pergi ke bahagian sdcard cari 3 benda yang telah dimasukkan dalam memory card tadi [chargemon-busybox-xrecovery].Copy 3 file tersebut dengan cara tekan button menu  dan pilih multiselect kemudian select 3 file tadi tu dan copy.
4-Bila dah copy > tekan MOUNT kemudian pergi ke bahagian system > bin dan pastekan dalam bahagian bin.
5-restart phone anda dan bila keluar perkataan sony ericsson, tekan butang back banyak kali sehingga keluar gambar android.
6-Pilih reboot phone [tekan butang tengah].Ok selesai step kedua iaitu install xrecovery.

LANGKAH KETIGA : INSTALL ROM PILIHAN

Bab install rom pilihan ini , anda harus tahu dan ingat bahawa terdapat 2 jenis rom iaitu

-Rom stock kernel
-Rom custom kernel

Untuk menggunakan rom custom kernel , anda harus dan wajib untuk unlocked bootloader phone masing-masing.Jika anda tak mahu unlocked atau tak boleh unlocked bootloader, sila pilih rom stock kernel sahaja!

Anda boleh pilih rom di bahagian kategori Xperia X8 dan pastikan anda pilih rom yang betul serta sesuai samada stock atau custom kernel.

NOTA KAKI :-

-Upgrade xperia x8 ke android 2.3 akan menyebabkan segala data phone anda seperti mesej , contact , aplikasi dan games akan hilang.Jadi sangat penting untuk anda buat backup terlebih dahulu.Untuk backup memadai hanya dengan backup contact sahaja sebab itu paling penting.

-Jika ana mengalami masalah mungkin ianya disebabkan tersilap langkah dan untuk tahu apa masalah yang berlaku boleh baca pada entri Kesilapan Ketika Update Xperia X8 | soleheen D

-Risiko paling utama , bagi kemungkinan mms anda tidak akan berfungsi.Untuk cara penyelesaian sila rujuk entri [UPDATED] Cara Setting APN Celcom 3G dan MMS pada Android

-Jika gagal dan phone rosak jangan risau dan baiki sendiri menggunakan SEUS…sila rujuk entri Restore System Xperia X8 Guna Sony Ericsson Update Service

Ingin ketahui lebih banyak info mengenai smartphone?

Jangan lupa sertai facebook page | Twitter Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

KLIK LIKE TWEET DAN G+ SHARE

Share.

6 Comments

  1. salam. bro, saya buat kat root tu tak leh lah . dan tak berapa paham sgt tntg tutorial tulisan , maybe video tutorial may help me. can you help me ?

TINGGALKAN KOMEN ANDA