Review Kelebihan Dan Kekurangan Xperia X8

10
1,247 views
views

Review Kelebihan Dan Kekurangan Xperia X8, phone ini merupakan android smartphone pertama yang kami gunakan ketika mula-mula tubuhkan soleheen.com.Boleh dikatakan agak mengkagumkan dimana anda boleh melakukan apa sahaja termasuk upgrade phone tersebut kepada versi terbaru iaitu android 4.1 Jelly Bean.

setakat kami mengggunakan phone ni, memang sangat memuaskan hati.Menggunakan android 1.6 ketika mula-mula dilancarkan pada tahun 2010 dulu, memang terbukti mengikut pengalaman dan pemerhatian kami, android lebih baik jika hendak dibandingkan dengan symbian ataupun windows mobile [kini dikenali sebagai Windows Phone].Seperti iPhone, android juga mempunyai beratus ribu aplikasi serta games di android market [Google Play] dan kebanyakkan nya adalah percuma.Bawah ni antara soalan-soalan yang sering orang ditanya kepada kami tentang Xperia X8.

1- Apa yang menarik mengenai Xperia X8 ?

– Xperia X8 sebenarnya merupakan sebuah smartphone di dalam kelas low-end yang hanya menggunakan android 1.6 dan tidak menyokong sebarang games HD.Ianya lebih sesuai untuk digunakan sebagai phone biasa bagi menjawab panggilan , sms , chatting , bersosial [facebook,twitter,instagram dll] , membalas email dan sebagai organizer.

Bagi xperia x8 generasi pertama , ketika menggunakan android 1.6 Doughnut ianya agak bermasalah terutama pada bahagian Bluetooth dan masalah tersebut dapat diselesaikan selepas menerima android 2.1 Eclair.

2- Kerap Hang?

-Mengikut pengalaman kami, xperia x8 ini sangat jarang hang.Smartphone akan mudah “hang” kalau banyak running apps pada satu-satu masa.Cuma anda kena pastikan tidak terlalu banyak install aplikasi atau games berat pada phone masing-masing.

3- Prestasi bateri

– Seperti kebanyakkan smartphone, bateri nya hanya bertahan selama sehari.

4- Aplikasi yang patut diinstall ?

– Kami telah pun mewujudkan satu kategori khas di soleheen.com iaitu Aplikasi Android Terbaik dimana anda boleh merujuk kebanyakkan aplikasi yang kami syorkan untuk diinstall.Tapi, kena ingat, jangan install terlalu banyak aplikasi.

5- Memori dalaman terlalu kecil [Internal Memory]

– Ini merupakan sebab utama mengapa kami melarang anda untuk install terlalu banyak aplikasi pada phone tersebut.Mempunyai memori dalaman sebesar 200mb akan membuatkan ianya mudah penuh seterusnya phone akan mudah hang dan menjadi berat serta lag.

– Cara untuk menyelesaikan masalah tersebut ialah dengan upgrade phone masing-masing ke android 2.3 keatas bagi membolehkan anda memindahkan aplikasi ke sdcard.Prestasi phone akan menjadi lebih hebat.

Untuk senarai penuh mengenai apa yang boleh dilakukan dengan Xperia X8 anda boleh rujuk kategori ini ataupun rujuk SITEMAP kami.

Ingin tahu lebih banyak info tips dan tutorial mengenai android smartphone ?

Jangan lupa sertai facebookpage | Twitter Youtube soleheendotcom dan anda juga boleh bertanyakan soalan kepada krew kami jika menghadapi sebarang masalah.

KLIK LIKE TWEET DAN G+ SHARE

p/s – Tahukah anda, komen terbaik dan terbanyak bulanan akan mendapat TOP UP PERCUMA bernilai RM10 dari kami di soleheendotcom? Rajin kan diri anda untuk memberi komen | like | tweet artikel kami 🙂

10 COMMENTS

  1. aku x kn pilih x10 mini pro sebab sejibik dengan x8 dan lagi kecik…kalau pro dia ada keypad rasa2 ko ibu jari ko selesa ke nak menaip kat keypad yg kecik giler…so better x8 terbaik!

    vivaz pro kalau x silap aku guna windows mobile dan kalau kau pergi kedai diorang x kan suggest kau angkat windows mobile ni sebab da ketinggalan berbanding android n symbian…so x8 la jawapan dia..lagipun x8 skrg around 600-650 je

  2. sebenarnya official upgrade bagi xperia x8 just sampai android 2.1…itu official dari sony ericsson.

    kalau upgrade ke 2.2 atau 2.3 boleh cuma ade step2 dia…dan sangat berisiko.

    aku dalam proses nak siapkan tutorial.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here